Tuesday, 24 January 2017

Makan Sini- PAKSU CHICKEN CHOP - WESTERN FOOD MURAH DAN SEDAP!

Hubby pulak asik la dok sebut-sebut pasal Gerai Chicken Chop tepi jalan yang harganya semurah RM6.90 yang terletak berdekatan dengan Masjid Jamek Saad bin Abi Waqqas Batu 4, Jalan Gombak tu...

Teman pulak, bukanlah nak berlagak ke apa.. tekak terasa dah JEMU dengan Chicken Chop / Chicken Grill / Lamp Chop dan seangkatan dengannya.. kira yang western-western ni teman dan hubby dah tak lalu nak makan rasanya.. sebab dekat rumah kami dah selalu sangat buat.. sampai kami laki bini naik jemu dan hampir nak ter uwekk je bila sebut masakan western-western ni.. Tu diaa.. punya kami dah takleh terima makan Chicken Chop dan seangkatan dengannya.. Sekali lagi teman cakap.. bukan berlagak ye! Sumpah! memang tahap dah tak lalu nak sumbat sebab dah selalu masak punya pasal yea.. huhuhu..
Tapi memandangkan perut memang dah berkeroncong dah confused nak makan apa, teman pun cakaplah kat hubby.. Ok lah.. jom kita cuba Chicken Chop kedai tu.. entah-entah sedap ke kan.. kot sos dia lain dan sedap dari yang kita biasa buat ke.. jom lah pi try.. So, kami pun start enjin motor, vrooommm... dah sampai dah Gerai tu.. heeeee.. dekat je punnn... =)

Dari jauh dah nampak Gerai tu sebab memang selalu ramai je orang makan kat situ.. Nak pulak kawasan situ pencahayaan nya sweet-sweet gitu, tak gelap tak terang sangat.. So, nak makan pun tak lah terang sangat kan.. Oh, lupa lak.. Gerai tu namanya Gerai Paksu Chicken Chop.. Simple je Signboard nya kan.. hehehehe.. 

Gerai Paksu Chicken Chop ni senang je nak cari lokasinya.. betul-betul depan Masjid Jamek Saad bin Abi Waqqas Batu 4, Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Waktu Operasi ialah pada setiap hari kecuali hari ISNIN (tutup) , dibuka dari jam 4.00 petang hingga 12.00 malam .

Nak lagi senang cari.. ni teman tepek kan jugak gambar lagi satu ni supaya korang lebih senang nak cari tempat ni.. haaa. .dekat sini ada satu jejantas depan Masjid ni.. So, kalau korang jumpa Masjid, pastu nampak jejantas.. dah tak perlu pening-pening cari dah.. senang benar kan nak jumpa lokasi gerai Paksu Chicken Chop ni kan.. 
Kalau korang sukakan suasana lebih santai sambil menghirup udara segar dan menikmati suasana tenang berhampiran laluan jalanraya.. boleh je pilih duduk di meja-meja yang diletakkan dihadapan masjid tersebut.. hehehe.. teman dan hubby memang suka pilih duduk diluar je.. konon boleh bernafas lebih sikit.. hahaha.. Nasib baik masa kami sampai meja tak penuh lagi.. Tapi hampir penuh la masa tu.. Kalau lambat sikit memang bahagian depan Masjid tu full dah.. Rezeki kami la dapat meja kat luar.. heheheh.. 
Inilah menu yang kami ngap tadi.. Nasi Goreng Chicken Chop hehehehe.. Serius! sedap..  Tekak kami macam tak percaya lak boleh terima makan ni tadi.. betul-betul menepati selera kami lak, dan kena pulak pada harga yang murah.. berbaloi-baloi.. disamping makan dalam suasana yang tenang giler.. tak serabut macam makan Western Food kat Gerai di  Kg Baru KL, ehhh... tetiba.. hahahaha.. 
Ok lah.. memandangkan teman dan hubby berasa puas hati makan kat Gerai Paksu Chicken Chop hari ni, So, teman pun share lah kat sini untuk tatapan korang yang kadang-kadang blur nak makan apa tu kan.. Serius.. bagi teman dan hubby... puas hati la kan.. berbaloi dengan harga..