Monday, 17 October 2016

Chicken Chop dan Western terbaik di Taiping

Chicken Chop dan Western terbaik di Taiping


-Deli Cafe

Minggu ni saya nak review salah satu outlet yang makin femes dalam bisnes makanan ala western. Memperkenalkan DELI CAFE Kamunting.


 Lokasi => Jalan ke Kampung Expo. Berdekatan Caltex kamunting. Belakang Lili Kuih Talam. Deretan kedai Wai Tat Enterprise.

Pada pandangan saya, walaupun ruang Deli Cafe agak kecil, tetapi bab makanan memang sempoi. Chicken chop dan meatball Deli Cafe memang cukup terbaik dari segi rasa dan saiz. Setakat ni sebulan sekali memang kitorang tak miss datang makan sini.
Semasa food review, saya sempat juga menjamah menu khas dari Indonesia iaitu risoles..

Sekarang ni Deli Cafe sudah punya pelanggan setia yang sentiasa rekemen restoran ni kepada kawan-kawan mereka. Dengar cerita tengah bulan Mac nanti Deli Cafe akan berpindah ke port baru. Kami akan maklumkan lokasi terbaru mereka nanti.

Selain chicken chop.. makanan yang turut mendapat permintaan dan pujian melangit ialah satu menu baru dari bandung yakni ROTI BAKAR BANDUNG.
Kalau nak tahu roti bakar ni sedap atau tak.. jangan percaya cakap saya. Datanglah cuba dan rasa sendiri.

Dari sembang-sembang dengan Kak Ila, owner Deli cafe.. katanya untung untuk roti bakar bandung tabur milo ni tak banyak mana. Sekadar pelaris untuk dapatkan pelanggan baru.


Camni lah yang kita nak.. cari pelaris yang betul. Bukannya bersaing tak tentu hala bagai. Hasilkan produk yang power sampai jadi buah mulut dan orang Taiping akan pakat support bisnes anda.

Selain dari dua atas ni, ada juga spaghetti dan chicken chop cheese dan terbaru ada pizza.
Mula-mula dulu musykil juga saya mana lah depa tahu masak macam-macam ni. Ingatkan belajar dari Google.. rupa-rupanya Kak Ila memang ada cert yang disahkan oleh chef berpengalaman dalam bidang kulinari dan bakeri.
Patut lah…!!
Puas bodek ni.. nanti dah buka tempat baru jangan lupa belanja chicken chop sepinggan ye. Taknak had yang biasa. Nak yang complete package bercheese siap sekali dengan hotdog dan meatball tu.Nyum nyum nyum…
Awas kepada yang membaca!! Kalau tak cukup lapar tolong jangan order set chicken chop combo 3 in 1 ni. Boleh tertiarap satgi. Series ni… saya dah warning. Apa-apa jadi saya tak bertanggung jawab.

No comments:

Post a Comment